JANGAN ANGKAT ATAU JAWAB. ABAIKAN !!
Admin nak pesan kepada semua, jika anda menerima panggilan dari nombor-nombor yang pelik seperti gambar admin share ni. SILA ABAIKAN !!
Nombor pelik tu adalah seperti dari
+9703xxxxx
+8704xxxxx
+0803xxxxx
Nombor ini adalah dari SCAMMER. Mereka menggunakan aplikasi Voip untuk mewujudkan nombor seakan-akan seperti nombor balai atau bank.
Nombor talian yang genuine/asli adalah datang dari +60xxxxx.
Jika ada terima PANGGILAN WHATSAPP dari no. yang tidak dikenali juga, ABAIKAN!
Jangan takut untuk bertanya. Simpan nombor telefon balai-balai berdekatan untuk anda hubungi dan rujuk.
Ingatlah, admin juga boleh menyamar menjadi Neelofar melalui telefon.
Sebarkan mesej kasih sayang ini.
Sumber : Cyber Crime Alert Royal Malaysia Police