Promosi PI1M Melalui Pertandingan Mewarna Semperna Program Komuniti Sihat Tanpa Dadah.
Program ini promosi dan kesedaran peringkat indoor iaitu di PI1M Felda Pasoh 4.Program ini membuka ruang kepada kedua-dua petugas PI1M untuk mempromosikan PI1M kepada kategori kanak-kanak 6 tahun kebawah serta ibu bapa mereka sendiri. Dengan program ini, petugas dapat memperkenalkan kepada kanak-kanak untuk mengenal komputer dan internet serta etika ketika online. Seramai 33 orang kanak-kanak menyertai pertandingan ini. Menarik minat masyarakat setempat untuk menggunakan servis dan khidmat nasihat dari Pusat Internet 1 Malaysia.Melahirkan masyarakat yang celik IT tanpa mengira agama, budaya dan peringkat umur untuk kemajuan negara.
Tarikh : 23 Disember 2015
Masa : 9.30 pagi hingga 11.00 pagi
Tempat : Pusat Internet 1 Malaysia
Program KDB: Etika di PI1M dan Keselamatan Password
Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada golongan kanak-kanak mengenai kewujudan aktiviti hacker atau pengodam laman sosial pengguna lain ketika berada di PI1M yang mengakibatkan gejala murung. Seramai 9 orang kanak-kanak menyertai program ini.Memberi pendedahan mengenai kewujudan pengodam di laman sosial. Selain itu, petugas juga membuat tayangan video bagi memudahkan mereka memahami topik KDB.Menengaskan tentang kepentingan daftar keluar ketika log in di Facebook.Petugas juga memberi penerangan mengenai kesan yang akan mereka dapat jika menyimpan password di tempat terbuka seperti PI1M dan tatacara mengenai bagaimana untuk membuang password di tempat-tempat terbuka.
Tarikh : 13 Disember 2015
Masa : 10.00 pagi hingga 11.00 pagi
Tempat : Pusat Internet 1 Malaysia
Program KDB: Kesan Buli Siber
Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada golongan kanak-kanak mengenai kesan atau akibat daripada perbuatan buli siber sehingga boleh mengakibatkan kegiatan bunuh diri. Seramai 8 orang kanak-kanak menyertai program ini. Memberi pendedahan mengenai kegiatan buli siber.Selain itu, petugas juga membuat tayangan video bagi memudahkan mereka memahami topik KDB.
Tarikh : 11 Disember 2015
Masa : 3.00 petang hingga 5.00 petang
Tempat : Pusat Internet 1 Malaysia
Program Hari Terbuka E-Brim di PI1M Felda Pasoh 4
Program ini promosi dan kesedaran peringkat indoor ini mendapat kerjasama daripada keseluruhan masyarakat kampung di Felda Pasoh 4. Semperna Hari Terbuka E-BRIM ini, petugas menjalankan promosi melalui tampalan notis-notis di tempat utama di kampung ini seperti kedai makan dan kedai runcit. Program ini telah memberi peluang kepada pihak pengurusan PI1M untuk memperkenalkan tentang servis-servis yang terdapat di PI1M Felda Pasoh 4. Kerjasama daripada penduduk pelbagai generasi telah membuka ruang kepada pihak petugas untuk mempromosikan PI1M dengan lebih meluas lagi. Program ini juga merapatkan silraturrahim antara petugas dan masyarakat kampung. Menarik minat masyarakat setempat untuk menggunakan servis dan khidmat nasihat dari Pusat Internet 1 Malaysia. Melahirkan masyarakat yang celik IT tanpa mengira agama, budaya dan peringkat umur untuk kemajuan negara. Memberi pendedahan kepada warga masyarakat tentang E-Kerajaan dan kegunaannya melalui Internet.
Tarikh : 12 Disember 2015
Masa : 10.00 pagi hingga 5.00 petang
Tempat : Pusat Internet 1 Malaysia