SCAM QR & OTP SEMAKIN BERLELUASA
Mereka menyamar sebagai “pegawai rasmi” Boost, Shopee, Grab, SPayLater…
Nampak legit, tapi sebenarnya ia adalah perangkap ![]()
Modus Operandi: antaranya nak “Upgrade akaun”, “Naikkan limit”, “Pengesahan keselamatan”
Lepas tu suruh:
Scan QR &
Bagi OTP
HAKIKAT SEBENAR:
QR = akses akaun anda
OTP = kunci penuh akaun anda
SEKIRANYA BOCOR? Dalam sekelip mata saja:
Duit dalam akaun atau e-wallet anda akan lesap;
Transaksi berlaku tanpa kita sedar atau kebenaran;
Hutang meningkat;
Akaun kita diambil alih & Risiko menjadi keldai akaun sangat tinggi.
INGAT INI:
Jangan scan QR dari call / WhatsApp / SMS dari sumber yang tidak dikenali;
Jangan kongsi OTP dengan pihak ketiga;
Syarikat yang sah TAK AKAN minta OTP.
Sentiasa amalkan Konsep 3S, untuk Melindungi Diri Anda:
Soal kesahihan maklumat yang disampaikan;
Sekat diri dari berkongsi maklumat peribadi dan perbankan anda;
Sebar dan kongsikan modus operandi bersama penguat kuasa dan rakan-rakan.
Sekiranya Anda Menjadi Mangsa:
Hubungi hotline bank anda untuk menghentikan transaksi mencurigakan.
Laporkan kepada Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (NSRC) di talian 997.
Buat laporan polis untuk tindakan lanjut.
Sources: IPD Barat Daya
