Asal Usul Nama Jelebu
Versi 1
Suatu kisah menceritakan bagaimana seorang Tok Batin telah menanam labu di suatu kawasan yang kini dikenali sebagai Pantai. Labu itu begitu subur hingga batangnya menjalar jauh hingga sampai ke Hulu Klawang. Dengan Buah Labu yang bertambah, keluarga batin itu lalu menamakan kawasan sekitar pucuk labu itu sebagai “Jalar Labu” atau “Jalabu” sebutan ini yang kemudiannya terkenall dengan panggilan “Jelebu” ada pula yang merantau ke Jelebu serentak dengan pembukaan Negeri Melaka sekitar tahun 1408. Orang MInang memang menggunakan istilah “Jalabu” dan “Ujueng Labu” untuk panggilan Jelebu.
Versi 2
Kononnya nama itu ialah nama seorang Tok Batin Orang Asli keturunan Temuan yang mati lemas di Sungai Teriang semasa berlaku suatu bah yang besar. Kemungkinan ini memang ada kerana pada masa dahulu orang tempatan gemar mengambil nama seperti “Labu”, “Kundur”. “Potai” dan sebagainya. Bagi kaum wanita pula nama-nama popular ialah “Liuk”. Panggilan yang mana lebih bertetapatan dengan kisah asal usul yang diterakan di atas “Jalabu” “Jelebu”.