Perkhidmatan Pintar | : NADI X E-Sport |
Nama | : Muhammad Syaiful Rizal Bin Herman |
Umur | : 19 Tahun |
Ahli | : 2024 |
Latar Belakang
- Sejak di bangku sekolah, Muhammad Farish Danish bin Mohamad Rasid dikenali sebagai seorang pelajar yang rajin dan berdedikasi dalam pelajaran. Beliau juga aktif menyertai aktiviti kokurikulum, terutamanya dalam bidang E-Sukan. Bakat dan minat beliau dalam arena ini terbukti apabila beliau diberi kepercayaan untuk mewakili sekolah dalam beberapa pertandingan E-Sukan secara kompetitif.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI
-
Sebelum mengenali inisiatif dan peluang yang ditawarkan oleh NADI, penglibatan beliau dalam E-Sukan hanya terhad di peringkat sekolah. Namun, segalanya berubah selepas beliau menyertai program-program anjuran NADI x E-Sukan. Melalui pelbagai program seperti Program Kesedaran Mengenai E-Sukan dan Pertandingan Mobile Legends Peringkat Saringan NADI, beliau mula mengembangkan potensi dan memperluaskan jaringan dalam komuniti E-Sukan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI
-
Kemuncak pencapaian beliau adalah apabila kumpulan beliau telah terpilih untuk mewakili NADI Felda Pasoh 4 ke peringkat negeri dalam Pertandingan Mobile Legends, satu pencapaian yang sangat membanggakan dan membuka lebih banyak peluang kepada beliau dalam bidang ini.
