Berhati-hati sekiranya anda menerima panggilan telefon daripada nombor yang tidak dikenali. Berkemungkinan itu adalah taktik sindiket “phone scam” bagi memerangkap mangsa yang mudah terpedaya.
Ingat! Pihak berkuasa tidak akan menghubungi anda melalui panggilan telefon.
Amalkan konsep 3S, Soal.Sekat.Sebar.
Soal kesahihan maklumat yang disampaikan;
Sekat diri dari berkongsi maklumat peribadi dan perbankan anda;
Sebar dan kongsikan modus operandi bersama penguat kuasa dan rakan-rakan.
Sekiranya anda menjadi mangsa, segera hubungi hotline bank anda atau NSRC di talian 997 (8am – 8pm) dan buat laporan polis.
Sumber: Polis DiRaja Malaysia
