| Nama | : Rosnida binti Mawahit |
| Umur | : 42 Tahun |
| Lokasi | : NADI Felda Pasoh 4, Jelebu, Negeri Sembilan. |
| Ahli | : 22/06/2013 |
Latar belakang
Puan Rosnida merupakan salah seorang ahli dalam Koperasi Hanya d’Pasoh. Beliau bertanggungjawab dalam pengurusan projek kebuniti dalam menyelesaikan rekod-rekod kerja kebuniti dan mengambil tempahan dari projek kebuniti.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Sebelum ini beliau kurang berkemahiran dalam bidang ICT yang melibatkan rekod dengan menggunakan Microsoft Office. Beliau juga kurang berkemahirandalam penguasaannya dalam proses menaip.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Dengan latihan yang diterima dan bantuan daripada NADI, beliau telah memperoleh kemahiran yang lebih baik dalam pengurusan dokumen dan berhasil menyusun rekod dengan lebih teratur menggunakan aplikasi Microsoft Office. Selain itu, beliau telah mempelajari kelebihan internet terutamanya dalam urus niaga jualan. Beliau menggunakan Whatsapp Business yang dipelajari daripada kelas anjuran NADI untuk meluaskan perniagaannya secara dalam talian, dan hasilnya, beliau telah berjaya mendapatkan sambutan yang amat menggalakkan.