mcmc
Kisah Kejayaan

Q4 2023 Celik-ICT : Puteri Nur Layla binti Nur Hairin

Nama : Puteri Nur Layla binti Nur Hairin
Umur : 13 Tahun
Lokasi : PEDI Felda Pasoh 4, Jelebu, Negeri Sembilan.
Ahli : 15/09/2023
 

Latar belakang  

         Puteri merupakan pelajar sekolah menengah agama berasrama yang terletak di Simpang Durian dan anak sulong daripada 5 orang adik beradik.  Semenjak daripada sekolah rendah beliau amat meminati bidang grafik reka cipta. Bakat yang ada di perhalusi oleh petugas PEDi sejak kali pertama beliau mendaftar menjadi ahli PEDi.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

         Sebelumnya, Puteri tidak tahu tentang aplikasi yang boleh digunakan untuk suntingan imej. Bakatnya terserlah ketika gurunya mengumumkan satu pertandingan reka cipta poster “Solidariti Palestin”. 

 

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

       Dengan hasil latihan dan bantuan dari PEDi, beliau berjaya menghasilkan satu poster yang bertajuk “Solidariti Palestin” dengan menggunakan aplikasi canva.com. Petugas telah mendidik Puteri tentang cara untuk menyunting imej. Hasilnya beliau telah menjadi Johan dalam Pertandingan Suntingan Poster “Solidariti Palestin” peringkat seluruh tingkatan bermula Tingkatan 1- Tingkatan 5.Hal ini membuatkan  markah di dalam bidang ko-korikulum beliau juga meningkat dan beliau telah mewakili sekolah untuk ke pertandingan seterusnya.