Q4 2021 CELIK ICT : SITI NOOR ALZAAZIZAH BINTI BUKARI
| Nama | : Siti Noor Alzaazizah Binti Bukari |
| Umur | : 36 Tahun |
| Lokasi | : PEDI Felda Pasoh 4, Jelebu, Negeri Sembilan. |
| Ahli | : 31/03/2017 |
Latar belakang
Siti Noor Alzaazizah Binti Bukari dikenali mesra dengan panggilan Azrah merupakan anak peneroka Felda Pasoh 4 dan suri rumah sepenuh masa. Puan Azrah mempunyai tiga orang cahaya mata dan kini menetap di rumah sewa di kawasan taman sekitar Batu Kikir, Negeri Sembilan. Hal ini menguatkan dirinya untuk membantu suami bagi menampung kos sara hidup yang kian meningkat kini. Beliau juga merupakan usahawan PEDi Felda Pasoh 4 namun begitu beliau perlu berkemahiran dalam bidang ICT bagi mencapai matlamat untuk menjadi usahawan berjaya. Oleh itu, beliau seringkali hadir ke PEDi Felda Pasoh 4 bagi menambah pengetahuan dalam bidang ICT dan menyertai program latihan kemahiran ICT di atas talian.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Pada permulaan, Puan Azrah mengunjungi PEDi Felda Felda Pasoh 4 untuk menggunakan perkhidmatan Internet dan mempelajari latihan keusahawanan bagi meningkatkan pendapatan beliau. Namun begitu, Puan Azrah juga sedari pengetahuan dalam bidang ICT juga penting dalam mencapai matlamat beliau.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Oleh itu, petugas mengambil peranan dalam mendidik Puan Azrah tentang penggunaan asas komputer. Beliau juga mengambil inisiatif untuk mempelajari kemahiran tersebut secara konsistent di rumah dan sentiasa berasa dalam pemerhatian petugas PEDi. Hasilnya Puan Azrah kini berjaya memanfaatkan setiap pembelajarannya