Usahawan Otak-otak Ledang

Galeri Video | 10 September 2020

 

Copyright SKMM/MCMC

Puan Norlizah Binti Haman 44 tahun, pengasas dan pengusaha makanan otak-otak Ledang di Muar. Beliau telah berkecimpung di dalam bidang ini sejak 9 tahun yang lalu. Otak-otak yang dihasilkan oleh beliau bukan sahaja terkenal di sekitar Muar malah turut di dijual di seluruh negara. Bermula dari bawah, Puan Norlizah telah menerima pelbagai anugerah keusahawanan daripada pelbagai pihak. Memulakan perniagaannya secara kecil-kecilan dari rumah, kini beliau mempunyai sebuah kilang dan mempunyai tenaga kerja seramai 18 orang. Beliau merupakan ahli Pusat Internet Teluk Rimba dan kerap menggunakan pelbagai kemudahan yang disediakan disini. Menurut beliau Pengurus dan Penolong Pengurus Pusat Internet tersebut telah banyak membantu melancarkan operasi perniagaan beliau sejak dulu. Puan Norlizah berpendapat, Pusat Internet telah banyak membantu usahawan-usahawan kampung. Oleh itu inisiatif pusat internet ini harus diteruskan agar lebih ramai orang mendapat manfaat darinya.

#KisahKejayaanPusatInternet

#KitaUntukKita

#MalaysiaPrihatin

#MCMC

#PusatInternet