| Nama | : Fatin Hamimi Binti Mohd Dawawi |
| Umur | : 33 Tahun |
| Lokasi | : Pusat Internet Felda Pasoh 4,Jelebu, Negeri Sembilan. |
| Ahli | : 17 / 04 / 2018 |
Ibu kepada tiga orang anak ini merupakan surirumah sepenuh masa dan suaminya yang kerja sebagai kerani di syarikat swasta. Puan Fatin merupakan salah seorang ahli aktif skuad generasi kedua yang tertubuh pada tahun 2017 yang terdiri daripada anak-anak peneroka generasi kedua. Dalam kegiatan sehariannya, Puan Fatin juga telah menginovasikan perniagaan biskut tart yang terdiri daripada pelbagai perisa termasuk original tart, strawberry tart, pandan tart dan blueberry tart.
Pada permulaan perniagaan yang bermula pada pertengahan 2018, biskut ini hanya dibuat untuk keluarga terdekat dan menerima tempahan daripada sahabat terdekat untuk dijadikan kudapan harian. Produk ini memulakan sayapnya setelah salah seorang sahabat Puan Fatin yang juga ahli aktif generasi kedua yang mempunyai ramai kenalan telah memuat naik produk di laman sosial yang membuatkan peningkatan tempahan dari semasa ke semasa. Sehingga kini, biskut ini telah menerima sebanyak lebih daripada 200 balang dan semakin meningkat setelah Puan Fatin menjalankan perniagaan melalui proses open order yang dilakukan dua minggu sekali.
Menyedari potensi kuih tart semakin meluas dengan talian internet, Puan Fatin telah hadir ke Pusat Internet untuk mempelajari kaedah pemasaran dalam talian di media sosial, jejaring sosial seperti di Whatsaap status dan stories di Facebook dan Instagram. Puan Fatin juga telah dilatih tentang aplikasi-aplikasi di telefon bimbit android yang boleh digunakan bagi tujuan suntingan imej seperti aplikasi canva editing, snapseed, point blur, clipper dan juga link whatsapp bagi memudahkan urusan bersama pelanggan. Perniagaan ini telah mencapai kemuncak apabila order yang diterima tidak menang tangan dan beliau telah melatihseorang komuniti untuk turut serta membantunya menyiapkan tempahan yang diterimanya samaada secara online mahupun offline.