mcmc
Persatuan Belia

Belia Harapan Bangsa

Persatuan Belia yang telah wujud di Felda sejak 1990-an adalah salah satu aktiviti golongan belia yang mampu membantu mereka melakukan sesuatu yang berfaedah dan berguna pada diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara.

Persatuan Belia telah diketuai oleh Encik Saiful Haziq Bin Surate. Setakat ini, persatuan ini dianggotai oleh 40 lebih ahli dari semua peringkat umur 18 – 50 tahun. Persatuan ini sentiasa bergiat aktif dengan terlibat di dalam semua aktiviti riadah yang dianjurkan oleh pihak JKKK Kampung.

Aktiviti riadah merupakan aktiviti yang dilakukan oleh penduduk untuk mengeluarkan peluh. Golongan belia di Felda Pasoh 4 gemar melakukan aktiviti sukan di sebelah petang terutamanya permainan futsal,badminton,bola sepak,sepak takraw dan sebagainya. Walau bagaimanapon Sukan futsal sering menjadi pilihan golongan belia untuk beriadah pada waktu petang dan malam. Mereka sering mengadakan perlawanan dengan penduduk setempat dan kawasan sekitar.

Walaupun permainan futsal lebih menambat hati golongan belia di sini, namun bola sepak masih lagi menjadi sukan kegemaran. Dunia bola sepak masih lagi menjadi permainan nombor satu di dunia dan menjadi pilihan anak muda di kampung ini. Penduduk kampung akan ke padang awam Felda Pasoh 4 untuk menjalankan aktiviti kesukanan. Padang tersebut   sering menjadi tumpuan aktiviti kesukanan kampong. Jaraknya dari Perpustakaan Felda Pasoh 4 ialah lebih kurang 100 meter.

 

JAWATANKUASA BELIA (F) PASOH 4

 Penyelaras Belia (F) Pasoh 4   
 Pengerusi  Syaiful Haziq Bin Surate 
 Naib Pengerusi 1 Muhammad Zakwan Bin Ahmad
 Naib Pengerusi 2 : Nor Kaida Binti Mansor 
 Setiausaha : Nurul Nadia Binti Abd Halim
 Penolong Setiausaha : Mohd Izzunuddin Bin Kassim
 Bendahari : Mohd Nooli Bin Norizam
 Ahli Jawatankuasa

:

Anuar Bin Ibrahim
 

:

Abdul Hamid Bin Abdul Razak
 

:

Eddy Bin Mohd Aris
 

:

Mohamad Nur Azar Bin Mohamed Yusof
 

:

Muhamad Fazli Bin Abdul Hamid
 

:

Muhamad Fakhri Bin Abdul Aziz
 

:

Nur Syafiqah Binti Abdul Aziz
  : Salawato Binti Misnan