Kejohanan Futsal Tertutup Erat Silaturahim Pasoh 1 dan Pasoh 4 telah dijalankan pada 12 Januari 2018 (Ahad), bermula dari 9.00 malam hingga 2.00 pagi bertempat di Padang Futsal Felda Pasoh 4. Program ini merupakan anjuran Persatuan Belia Felda Pasoh 4. Pertandingan Kejohanan Futsal Tertutup Erat Silaturahim Pasoh 1 dan Pasoh 4 ini mendapat sambutan 8 kumpulan daripada warga belia Felda Pasoh 1 dan Pasoh 4.