| Pengusaha Perniagaan Kek Dan Surprise Delivery Bouquet. | |
| Nama | : Siti Faizuridah Binti Roslan |
| Umur | : 29 Tahun |
| Lokasi | : Pusat Internet Felda Pasoh 4,Jelebu, Negeri Sembilan. |
| Ahli | : 2010 |
Bentuk perniagaan
Pengusaha Perniagaan Kek Dan Surprise Delivery Bouquet.
Latar belakang
Ibu kepada seorang anak ini merupakan seorang surirumah sepenuh masa. Beliau memilih untuk menjalankan perniagaan kek dan surprise delivery bouquet ini apabila melihat kepada pasaran perniagaan yang meluas dan kurangnya pesaingan dalam perkampungan sekitar Felda Pasoh 1 dan Pasoh 4.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum menceburkan diri di dalam promosi atas talian, beliau hanyalah seorang surirumah yang hanya bergantung kepada pendapatan suami setiap bulan. Perniagaan ini diceburi semenjak dua tahun yang lepas.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Kewujudan Pusat Internet di kawasan penempatan memberikan impak besar dalam menjana pendapatan di mana beliau telah berjaya untuk memahirkan diri dalam dekorasi kek secara lebih mendalam dan telah didedahkan dalam bagaimana internet membantu untuk menjana pendapatan melalui promosi dalam talian di laman Facebook dan mempelajari latihan keusahawanan dengan bantuan petugas PI di Felda Pasoh 4. Selain itu, beliau juga telah dididik dalam menjana idea perniagaan, reka cipta sticker perniagaan, perniagaan atas talian dan beberapa kemahiran baru bagi mempelbagaikan sumber pendapatan atas talian. Hasilnya perniagaan Puan Faizuridah semakin berkembang dari masa ke semasa.