Di Felda Pasoh 4 terdapat sebuah Persatuan Gerakan Wanita ditubuhkan bagi membantu wanita-wanita kampung dalam meningkatkan pendapatan dan mengisi masa lapang mereka dengan aktiviti yang berfaedah dan berguna. Mereka juga mendapat pelbagai ilmu pengetahuan semasa dan keusahawanan.
Badan ini diuruskan sepenuhnya oleh Biro Wanita. Biro Wanita ini dipengerusikan oleh Cik. Pn. Mahani Binti Hassan dan ahlinya terdiri daripada semua wanita di Felda Pasoh 4. Biro ini akan membantu dan memantau segala hal-ehwal berkaitan wanita. Biro Wanita ini bergiat aktif dengan penglibatan sepenuhnya dalam semua aktiviti yang dianjurkan oleh JKKK Kampung atau di peringkat daerah.
1) Wanita Felda Pasoh 4 aktif dalam mengadakan aktiviti gotong royong,memasak di dalam sesuatu keraian dan membantu dalam khairat kematian.
2) Bagi mengisi waktu lapang pula,para wanita dan suri rumah akan mengadakan bacaan Yassin di rumah yang telah ditetapkan giliran setiap minggu.
3) Mereka juga ada mengadakan latihan berzanji untuk kenduri aqiqah dan sebagainya.
Jawatankuasa GPW Felda Pasoh 4
Pengerusi | : | Cik. Pn. Mahani Binti Hassan |
Setiausaha | : | Pn. Norhaniza Abdul Rahmat |
Bendahari | : | Pn. Ruzaidah Bte Abdullah |
Ahli Jawatankuasa Ketua Blok : | ||
Ketua Blok 1 | : | Pn. Saidatul Marlina Abdul |
Ketua blok 2 | : | Pn. Salina Mohd Jasin |
Ketua blok 4 | : | Pn. Zaibi Rashid |
Ketua blok 5 | : | Pn. Lutfiah Sudin |
Ketua blok 6 | : | Pn. Jasiah Bermawi |
Ketua blok 7 | : | Pn. Azma Abdullah |
Ketua blok 8 | : | Pn. Laili Samad |
Ketua blok 9 | : | Pn. Nurul Dayana Hussin |
Ketua blok 11 | Pn. Siti Hawa Surate | |
Ketua blok 13 | : | Pn. Hanijah Hanid |
Ketua blok 14 | : | Pn. Rosliza Yunus |
Ketua blok 15 | : | Pn. Habibah Mansor |
Ketua blok 16 | : | Pn. Norida Bahudin |