Q1 Keusahawanan 2018 : Hanijah Binti Abd Hanid
| Kemahiran gubahan bunga telur dan gubahan bunga untuk hiasan pameran pengantin | |
| Nama | : Hanijah Binti Abd Hanid |
| Umur | : 39 Tahun |
| Lokasi | : Pusat Internet Felda Pasoh 4,Jelebu, Negeri Sembilan. |
| Ahli | : 2015 |
Bentuk perniagaan :
Kemahiran gubahan bunga telur dan gubahan bunga untuk hiasan pameran pengantin.
Latar belakang :
Ibu kepada 2 orang anak ini merupakan surirumah sepenuh masa. Sebelum ini beliau merupakan peniaga online barangan drobship.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI :
Sebelum menceburkan diri di dalam promosi atas talian, beliau hanyalah surirumah biasa yang menjaga 2 orang anak dan tidak tahu mempelbagaikan perniagaan yang diceburi sehinggalah menyertai latihan keusahawanan iaitu idea perniagaan yang telah di sediakan di PI1M dan mempromosikannya di media sosial.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI :
Menyedari hal ini, beliau sering hadir ke pusat internet dan ke kelas keusahawanan yang dijalankan setiap bulan. Atas dorongan petugas Pi1M, beliau telah dididik tentang perniagaan atas talian dan beberapa kemahiran baru bagi mempelbagaikan sumber pendapatan atas talian. Pendapatan Puan Hanijah telah meningkat daripada RM 200 sebulan kepada RM 800.00 setiap bulan untuk perniagaan offline dan online.