mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN OGOS (3) : SAFE : SHOPPING SCAM — BAHAYA UNTUK ANDA

Tarikh: 15 Ogos 2025
 Masa: 3.00 petang – 04.30 petang
 Lokasi: NADI Felda Pasoh 4
 Peserta: 4 orang

TUJUAN

  • Meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap risiko serta bahaya penipuan dalam talian, khususnya yang berkaitan dengan pembelian secara atas talian (shopping scam).

  • Memberi panduan kepada peserta untuk mengenal pasti tanda-tanda awal yang mencurigakan semasa melakukan pembelian dalam talian.

  • Memperkasa literasi digital dalam kalangan komuniti agar mereka lebih berwaspada, berpengetahuan dan bijak ketika menjalankan urusan jual beli secara digital.

 

AKTIVITI

  • Sesi ceramah yang menerangkan pelbagai jenis penipuan pembelian dalam talian yang sering berlaku serta taktik yang digunakan oleh scammer.

  • Tayangan video dan perkongsian kisah benar mangsa penipuan sebagai langkah memberi gambaran sebenar dan memberi impak kepada peserta.

  • Aktiviti simulasi atau kuiz interaktif bagi melatih peserta mengenal pasti iklan, laman web atau tawaran yang meragukan dan berpotensi menjadi scam.

Gambar disini